Rules In My Blog :)

Wednesday, 17 May 2017


Views

I'm back!

Assalamualaikum. First of all. blog nie da berkurun lamanya tak diupdate. And finally I got my blog back. See for the next update from me 

Monday, 10 June 2013

Saya Memafkan Semua Org Yang Pernah Menyakiti Saya :)


Views
Nabi s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” [HR. Muslim]

“Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

…dengan memaafkan itu tanda kamu menjadi insan yang matang . 
…memaafkan di kata mulut itu kebohongan hati , memaafkan di hati dengan KEIKHLASAN yang hakiki. Biarkan , jangan ambil peduli lagi setelah memaafkan , teruskan perjalanan hidup kamu dengan meninggalkan kisah silam itu di perhentian lepas .
Pasti ada yang lebih baik dalam aturan Allah di perhentian masa depan , jika kamu tidak terus berjalan tidaklah kamu sampai ke perhentian itu ! Rencana Allah Maha Sempurna , jangan calitkan dengan sedikit keraguan pun .

Ya Allah , kembalikan KECERIAAN buat mereka yang kedukaan~ Ya Allah , gantikan TANGISAN mereka dengan senyuman~ Ya Allah, jika ini UJIAN maka berikan mereka kekuatan~
Sahabatku ketahuilah , tiada yanglebih mengerti perasaanmu melainkan Allah.. Tiada yang lebih dekat kepadamu , melainkan Allah.. Maka mintalah & adukan segalanya dalam sujudmu kepadaNya .


: Saya Memaafkan Semua Org Yang Pernah Menyakiti Saya :)

Wednesday, 9 January 2013

Petua Untuk Menggembirakan Hati Sedih


Views


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingati kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin. 

Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, ilmu dan rakan-rakan.

Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.


2. Buang Sikap Risau.
Ada 2 kesan dari sikap risau. Pertama : ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua : memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. 
 
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.


3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Misalnya, ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap. Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. 

Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Buat banyak kali dalam sehari.


4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). 

Seterusnya, meneutralkan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda anda. Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. 

Mungkin juga anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

Tuesday, 27 November 2012

♥ ~ Realiti Kehidupan~ ♥


Views

Hidup nie susah kita nak duga , kadang-kadang kita rase dekat sangat dengan orang tu , tapi sebenarnya jauh .. walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia , tapi belum tentu hati dia kita dapat selami .. mungkin kita dapat buat dia ketawa tapi kita x tahu apa makna senyumannya .. bila dia menangis , kita sangka kita dapat memujuknya .. walhal .. kehadiran kita langsung x disenanginya .. rencah dunia .. kita x kan tahu sape teman dan sape lawan sehingga lah sampai masa kita jatuh .. adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan .. :)

Hidup Ini Bagaikan Roda ,
Berputar Mengikut Jalan ,
Menempuhi Setiap Liku ,
Dengan Semangat Keazaman ,

Dengan Diri Yang Kosong ,
Untuk Mencari Bekalan ,
Bagi Mengisi Untuk Masa Hadapan ,

Semangat Diberi Mengisi Diri ,
Di Pentas Serba Berdiri ,
Dengan Penuh Realiti ,
Untuk Menempuh Hari-Hari ,
Bagai Mencari Sesuap Nasi ,
Supaya Senang Di Siang Hari ,


  Hasil Nukilan : Cikmie Mieya 
all stalker , haters , copycat , not allowed !
thanks for reading 


:  LOVE BOOK : 



Sunday, 25 November 2012

Benarkah Perasaan Itu ? (◕‿◕)


Views


Di saat kita jatuh cinta di usia remaja , apakah benar ini cinta ? atau hanya perasaan kagum yang hadir secara tiba – tiba ? kita tidak mampu menahan kekaguman pada dia yang sangat cantik jelita, hensem dan kacak. Kita tidak mampu menahan dari berkata kepada dia, “cantiknya!” “hensemnya!”

Apakah ini hanya perasaan sesaat kita sahaja? Atau benar – benar cinta?

Boleh jadi ia hanya perasaan sementara kita sahaja. Kita yang masih muda, beranjak dari masa kanak – kanak kita , kemudian menduduki usia remaja dan sangat memungkinkan mengalami perasaan ini. Mencuri – curi pandang gadis di pinggir jalan, memandang dengan perasaan malu tapi mahu. Hanya sekadar kagum dan mencuba menjadi orang yang istimewa di hatinya. Hanya ingin tahu siapa namanya, ingin sekadar hanya ingin tahu dimana rumahnya dan hanya  ingin bahagia saat melihatnya. Ini hanya sesaat sahaja, ini hanya cinta monyet.

Kita berasa ingin menjadi seperti orang lain, yang memiliki teman istimewa, sentiasa berSMS, berjalan berdua-duaan di pusat membeli belah atau keluar melihat wayang selepas pulang dari sekolah atau kuliah. kita ingin menjadi seperti itu. Sebuah keinginan yang bukan kerana cinta, tetapi hanya sebuah ikut – ikutan. Definisinya pun kadang – kadang ramai diantara kita tidak tahu.

Teliti lagi, apa itu cinta? Atau ia hanya perasaan kita yang ingin mendapatkan perhatian? Selama ini kita kurang mendapatkan perhatian dari orang tua. Kita ingin dimanja, kita ingin diperhatikan dan dihargai sebagai seorang manusia. Dicintai sepenuh hati, disayangi sepenuh kasih sayang dan dimanusiakan sebagai seorang manusia. Apakah perasaan itu yang mendominasi kita? Perasaan yang sangat manusiawi dan tidak perlu mencintai wanita cantik bila kita memerlukannya.

Kita seharusnya mencintai ibu bapa, yang akan memberikan segalanya kepada kita. Boleh jadi ini hanya sebelum ini kita tidak pernah melihat wanita cantik atau lelaki kacak. Sehingga sekali melihatnya, kita terkena pesonanya. Kita tidak berkuasa menahan godaannya dan kemudian terbelit lantaran kecantikannya dan kekacakkannya.
Ini bukan cinta, ini hanya perasaan sementara sahaja.

Masa muda, hanya merasakan apa itu perasaan, tetapi tidak pernah tahu apa erti perasaan itu. Boleh jadi ini hanya feeling simpati, tafsiran sahaja. Kita berasa ingin memuji dan kagum dengan peribadi dia, dengan cantiknya dia dan dengan apa yang dia miliki sekarang.
Bukan cinta, hanya tafsiran sahaja.. :')

sincerely : ~✿~✿ Mieya ~✿~✿ 




Thursday, 22 November 2012

(◕‿◕) Didik Hati Jangan Bersedih (◕‿◕)


Views


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik..InsyaALLAH.
Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar...(◕‿◕) 
written by : cikmieya (◕‿◕) 

Wednesday, 1 August 2012

:: 20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan ::


Views
1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.


6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.


HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.



like2 :')

COPYRIGHT@Segala Yang Tercatat diatas semuanya adalah HAK MILIK MUTLAK NUR EMILLYA a.k.a Cikmie Mieya